Hikmah-Mu YA ALLAH :')
Tuesday 23 April 2013 | 1:01 am | 0 One Direction
ASSALAMUALAIKUM . . .
Bersyukur hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada kita untuk merasai nikmat dunia pada hari ini. Sesungguhnya kita hendaklah mentaati semua kewajipan-Nya. Sara sangat bersyukur kerana masih diberi peluang merasai nikmat Allah di muka bumi ini.
Meskipun kita orang kaya, janganlah kita menindas Insan yang lemah serba kekurangan. Allah tidak suka manusia yang tidak bersikap Ihsan sesama manusia apa lagi makhluk diatas muka bumi ciptaan-Nya nan INDAH ini. Kerana ini, kita hendaklah selalu sujud kepada-Nya kerana Dia kita hidup aman makmur didunia ini.
Bagi kita yang sederhana, selalulah berusaha untuk menjadi yang terbaik dan apabila kamu sudah pun berjaya, janganlah kamu bongkak dan takbur. Sesungguhnya, rezeki itu turunya dari Allah SWT. Kesemua harta dan kesenangan diatas muka bumi ini hanyalah sementara sahaja. Hakikatnya, AKHIRAT itu KEKAL ABADI.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
BERDOALAH KAMU KEPADA ALLAH KERANA TELAH MENGKURNIAKAN KESENANGAN DAN KESEJAHTERAAN KEATAS HIDUPMU.
|